fbpx

Ayam Brand teruskan Kempen Komuniti Penyayang tahun ke-17

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 425 kanak-kanak daripada enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Lembah Klang menerima manfaat daripada Kempen Komuniti Penyayang 2024 oleh Ayam Brand.

PETALING JAYA – Ayam Brand meneruskan Kempen Komuniti Penyayang untuk kali ke-17 bagi menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat di Malaysia secara berterusan sejak diperkenalkan pada 2008.

Menurut Ketua Pemasaran A. Clouet (Malaysia) Sdn. Bhd., Teoh Wei Ling, kempen pada tahun ini bermatlamat untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak di seluruh Malaysia.

“Bertemakan #AyamBersamaMu Sihat & Cergas, Kempen Komuniti Penyayang 2024 akan memberi tumpuan dalam membentuk tabiat pengambilan makanan yang berkhasiat yang mengandungi Omega-3 agar kanak-kanak lebih sihat.

“Selain itu, fokus juga diberikan dalam mempromosikan gaya hidup aktif dalam kehidupan anak-anak untuk melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih cerdas,” katanya ketika berucap pada Program Ayam Brand #AyamBersamaMu 2024 Sihat X Cergas di Columbia Asia Hospital, Petaling Jaya di sini hari ini.

Tambahnya, penganjuran kempen Ayam Brand yang memasuki tahun ke-17 itu telah memberi manfaat kepada lebih 28,350 individu daripada 635 NGO dengan membabitkan penyediaan lebih 2.2 juta hidangan berkhasiat.

Mengulas lanjut mengenai Kempen Komuniti Penyayang 2024, Wei Ling berkata, ia dijangka memberi manfaat kepada 425 kanak-kanak daripada enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Lembah Klang dengan menyediakan 76,500 hidangan berkhasiat yang juga enak kepada mereka.

“Kempen ini mendapat kerjasama daripada Hospital Columbia Asia, Focus Point Group dan pakar-pakar pemakanan serta kecergasan.

“Menerusi kerjasama ini, Ayam Brand akan mengadakan bengkel pemakanan sihat bagi membimbing kanak-kanak mengenai pilihan makanan yang lebih berkhasiat berdasarkan konsep 3S (Suku-suku Separuh) Pinggan Sihat Malaysia.

“Selain itu, turut dikongsikan rutin senaman yang boleh dilakukan kanak-kanak di rumah serta cabaran kecergasan untuk menggalakkan mereka kekal aktif,” katanya.

Sementara itu, Wei Ling berkata, berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan, menunjukkan bahawa pengambilan asid berlemak Omega-3 dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah.

“Omega-3 adalah amat penting untuk kesihatan jantung, otak, saraf, kulit dan mata.

“Malaysia juga menunjukkan peningkatan pertumbuhan yang terbantut dan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak,” ujarnya.

Di samping itu, Ayam Brand juga bekerjasama dengan Focus Point Group bagi memastikan kesihatan mata kanak-kanak dalam keadaan baik dan memberi tajaan kaca mata kepada yang memerlukan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI