fbpx

Atuk 92 tahun maut keluar sarapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraslina (tengah/duduk) dan ahli keluarga menunjukkan gambar Allahyarham yang maut dalam kemalangan itu.-FOTO ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

KUALA SELANGOR – “Biarpun lanjut usia, memori abah masih kuat dan kerap bercerita mengenai rakannya yang telah tiada. Namun kini abah pula pergi tinggalkan kami buat selamanya,”.

Itu kata Noraslinda Daud, 44, anak kepada seorang lelaki warga emas berusia 92 tahun yang maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Kilometer 60.5 Jalan Klang-Teluk Intan, Tanjong Karang di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 6.20 pagi itu berlaku ketika mangsa, Allahyarham Daud Salim dipercayai mahu bersarapan pagi di sebuah kedai makan berdekatan lokasi tersebut.

“Saya terkejut apabila menerima panggilan telefon kakak pada pagi kejadian bahawa abah terlibat dalam kemalangan.

“Sewaktu perjalanan pulang ke kampung, saya tidak putus berdoa namun kami reda apabila arwah disahkan meninggal dunia di Hospital Tanjong Karang,” katanya sebak ketika ditemui di kediaman arwah di pekan Tanjong Karang di sini hari ini.

Menurut anak bongsu daripada tujuh beradik itu, arwah menjadikan aktiviti membersih rumput, meracun dan menyapu daun kering di Tanah Perkuburan Islam Tanjong Karang sejak usia muda.

“Abah tidak pernah meminta upah daripada sesiapa dan suka melihat semua kubur dalam keadaan terjaga tanpa mengira waris atau saudara mara.

“Kini, jenazah arwah turut selamat dikebumikan di tanah perkuburan sama, kira-kira pukul 5 petang semalam,” ujarnya.

Tambah Noraslinda, arwah juga sering kali mengingati beberapa rakannya yang meninggal dunia sebelum ini.

“Kehilangan abah amat dirasai kerana dia menjadi tempat kami mencurah kasih sayang selepas ibu meninggal dunia dua tahun lalu.

“Saya kali terakhir bertemu ketika Hari Raya Aidiladha lalu dan kami sempat merakam kenangan bersama biarpun abah agaknsusah untuk bergambar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI