fbpx

Aaron, Wooi Yik makin membara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (KIRI) dan Wooi Yik mendapat keyakinan baharu menjelang dua kejohanan terakhir selepas memenangi Korea Masters kelmarin. – SHIDDIEQIIN ZON

PEMAIN beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia teruja dengan gelaran yang dituai pada Kejohanan Badminton Korea Master kelmarin, sekali gus menandakan kebangkitan semula selepas kecederaan me­nimpa pasangannya, Soh Wooi Yik.

Aaron berkata, kejayaan me­rangkul gelaran pertama musim ini hadir pada masa yang tepat kerana selepas ini mereka akan berdepan dua kejohanan besar menjelang Kumamoto Masters di Jepun bermula 12 hingga 17 November dan China Masters (19-24 November).

“Kami rasa gembira dengan kejayaan ini terutama sekali selepas Wooi Yik pulih daripada kecederaan. Selepas Olimpik, kami bermain dua, tiga kejohanan dan setakat ini nampak baik.

“Kami akan terus berjuang untuk dua kejohanan terakhir tahun ini,” kata pemain kelahiran Melaka itu.

Kemenangan Aaron-Wooi Yik di Korea sekali gus menamatkan kemarau kejuaraan lebih setahun dalam saingan Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Pada perlawanan akhir di Gimnasium Iksan, Korea Selatan kelmarin, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu membenam wakil tuan rumah, Jin Yong-Kim Won Ho menerusi aksi rubber set 21-23, 21-19, 21-14.

Ia secara tidak langsung meredakan tekanan dirasai gan­dingan No. 6 dunia itu memandangkan ketua jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen mencabar mereka supaya bangkit daripada prestasi hambar.

Kali terakhir bekas juara dunia itu meraih kejuaraan Jelajah Dunia adalah ketika mereka memenangi Terbuka Denmark di Odense pada Oktober tahun lalu.

Selaku juara, Aaron-Wooi Yik membawa pulang hadiah wang tunai AS$15,750 (RM69,014) berserta pingat, manakala Jin Yong-Won Ho berpuas hati dengan AS$7,980 (RM34,967) dan pingat di tempat kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI