fbpx

2.3 juta pelajar tebus Baucar Buku Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina

 

PETALING JAYA – Seramai 2.3 juta murid dan pelajar lepasan menengah di seluruh negara telah membuat penebusan Baucar Buku Madani sehingga 8 November lalu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, jumlah tersebut dianggarkan bernilai RM190 juta dan berjaya menghasilkan pembelian buku berjumlah RM149.1 juta serta melibatkan 4.8 juta naskhah buku.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas pengumuman Baucar Buku Madani semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 30 Mei 2024.

“Dengan peruntukan RM290 juta, baucar ini bertujuan menyemai minat membaca dalam kalangan generasi muda, melibatkan 3.5 juta murid dan pelajar lepasan menengah.

“Baucar bernilai RM50 diberikan kepada murid Tahun 4 ke atas, manakala RM100 diberikan kepada murid sekolah menengah, pelajar kolej vokasional, tingkatan enam, matrikulasi dan IPGM. Penebusan dan transaksi pembelian penuh boleh dilakukan sehingga 31 Disember 2024,” katanya di Facebook hari ini.

Katanya, pihak KPM turut memantau data penebusan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan dan mengadakan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan pendidikan di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI