fbpx

Ubah mentaliti buli perkara biasa di UPNM – MCA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Langkah yang konstruktif perlu diambil untuk mengubah mentaliti bahawa buli adalah perkara biasa di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Pengerusi Biro Penerangan MCA, Chan Quin Er berkata, sebagai peguam dan pernah menyertai Rejimen Askar Wataniah, beliau merasakan langkah tersebut perlu dilaksanakan.

“MCA yakin bahawa pelatihan kadet UPNM boleh dibuat tanpa membabitkan pembulian junior oleh senior. Bagi pembuatan “ragging” atau “hazing” pula, ia harus dipantau dengan teliti oleh seorang penyelia untuk memastikan kegiatan ini tidak menjadi terlampau.

“Kegiatan “hazing” ini juga perlu ada matlamatnya iaitu untuk membina mentaliti yang kuat dan sikap sabar atau tenang apabila menghadapi dugaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Quin Er berkata, alasan “gurauan” atau “main-main sahaja” dapam kalangan kadet tidak boleh diterima langsung dan staf UPNM juga harus dipertanggungjawabkan.

Menurut beliau, kakitangan UPNM juga tidak harus bergantung kepada hukuman semata-mata untuk menghalang kes buli, sebaliknya perlu mengambil langkah proaktif untuk mengubah cara pemikiran bahawa buli sebahagian latihan.

Ujar beliau, satu mekanisme juga harus dilaksanakan untuk membolehkan junior membuat aduan terhadap mana-mana senior yang membuli.

“Kami sedar bahawa UPNM mahu memupuk pengajaran menurut perintah tanpa menyoalkan arahan senior, tetapi kuasa ini jelas sekali telah disalah guna segelintir senior.

“Diharapkan pihak UPNM boleh melakukan penilaian semula terhadap cara operasinya untuk memastikan gejala buli ini dihentikan sama sekali,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata, tindakan membuli yang mengakibatkan kecederaan boleh dituduh mengikut Seksyen 323, 324 dan kesalahan berkaitan perkataan atau isyarat yang bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang di bawah seksyen 509 Kanun Keseksaan.

“Bagi kesalahan di bawah Seksyen 324 pula, hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda boleh dikenakan mengikut Seksyen 325.

Mungkin tiba masa undang-undang yang mengenakan hukuman lebih ketat digubal bagi membanteras gejala buli yang tidak berkesudahan ini,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI