fbpx

Pencemaran Sungai Lereh: Syarikat konsesi dirujuk ke KPKT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAIS (tiga dari kanan) melihat saliran air yang tercemar ketika meninjau Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari di Sungai Udang, Melaka. -Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

MELAKA – Kerajaan negeri akan merujuk sebuah syarikat konsesi pengendali Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang di sini yang dipercayai menyebabkan pencemaran Sungai Lereh kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk tindakan lanjut.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, tindakan tegas itu diambil selepas syarikat berkenaan berulang kali melakukan kesalahan sama meskipun telah dikompaun beberapa kali sebelum ini.

“Sebelum ini tindakan telah diambil oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka dan Badan Kawal Selia Air (BKSA) negeri, banyak kali notis diberi serta denda dikenakan tetapi masalah pencemaran tetap berlaku.

“Saya akan pergi (bawa) perkara ini ke peringkat KPKT agar tindakan segera diambil. Kita sudah buat surat dan menyerahkan sepenuhnya kepada kementerian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia Bagi Pengukuhan dan Peningkatan
Hasil PBT Siri 2.0 di sini, hari ini.

Tambahnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan kesalahan terbabit kerana Melaka mempunyai hanya satu tapak pelupusan sampah dan dikhuatiri ia akan memudaratkan rakyat jika tidak diuruskan dengan baik.

Mengulas lanjut, Rais mendakwa, beliau menemui aliran air tercemar yang dipercayai keluar daripada tapak pelupusan berkenaan susulan hujan lebat.

“Air kotor kehitaman ini masuk ke sungai-sungai kecil yang akhirnya menuju ke Sungai Lereh. Akibatnya puluhan pesawah dan penduduk sekitar yang menggunakan sumber air berkenaan terjejas.

“Saya telah bawa isu ini untuk perhatian pihak berwajib sejak tahun lepas, namun gagal menemui bukti kukuh tetapi kali ini kita berjaya mengambil sampel air tercemar dan saya sendiri menyaksikan air kotor mengalir ke sungai,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI