fbpx

Lapan pelajar sekolah agama didakwa cederakan rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada lapan pelajar lelaki dan keluarga hadir di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, di sini, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas pelajar lain. -Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

KUALA PILAH – Lapan pelajar lelaki sebuah sekolah agama swasta di negeri ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencederakan pelajar lain berusia 14 tahun bulan lalu.

Kesalahan itu dilakukan pada pukul 1 pagi di asrama sekolah berkenaan di Rembau pada 16 Oktober lalu.

Empat daripada pesalah juvana berusia 15 tahun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Seorang remaja berusia 16 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan sama. Mereka berlima didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Baki tiga lagi pesalah juvana berusia 17 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan secara bersama menyebabkan kecederaan ke atas pelajar lelaki berusia 15 tahun. Sabit kesalahan mereka boleh dipenjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisa Zainudin manakala, kesemua tertuduh diwakili peguam Norfazrin Jamal.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Disember ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI