fbpx

Fergus Tierney penggempur baharu Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fergus Tierney sebelum ini sering dipanggil mewakili skuad bawah 23 (B-23) negara. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente memilih khidmat penyerang berpangkalan di Thailand, Fergus Tierney sebagai pilihan untuk menggantikan pemain naturalisasi, Romel Morales yang mengalami kecederaan.

Sebagai rekod, Romel tidak dapat melapor diri pada sesi latihan pusat selepas cedera ketika mewakili Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan Liga Super menentang Perak FC, malam tadi.

“Fergus dan kapten, Dion Cools akan terus menyertai pasukan di Bangkok, Thailand setibanya skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti di sana, esok,” kata kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.

Sementara itu, empat pemain JDT yang lain iaitu penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Matthew Davies, Feroz Baharudin dan Arif Aiman Mohd Hanapi telah melapor diri bersama skuad kebangsaan.

Sebelum ini Pau Marti melepaskan khidmat Natxo Insa dan Mukhairi Ajmal selepas kedua-dua pemain itu mengalami kecederaan ketika aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) bersama kelab masing-masing minggu lalu.

Pengendali dari Sepanyol itu kemudian memanggil pemain Kuala Lumpur City, Zhafri Yahya dan Fazrul Amir Md Zaman (Kelantan Darul Naim) bagi mengisi dua kekosongan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI