fbpx

Anwar kongsi usaha Malaysia wajibkan pelajar sekolah fahami kitab Hadis 40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menyampaikan syarahan umum di Dewan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir semalam.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi tentang usaha kerajaan Malaysia dalam memperkuatkan akidah serta legasi keilmuan Islam di negara ini ketika menyampaikan syarahan umum di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir semalam.

Menurut Anwar, beliau memberitahu antara usaha kerajaan Malaysia sejak dua tahun terakhir ini seperti memperkenalkan dan mewajibkan pelajar Islam dari semua aliran sekolah di Malaysia memahami kitab Hadis 40 (Matan Arbain)

“Mengembalikan bantuan pendidikan kepada sekolah agama rakyat dan meningkatkan usaha memberi peluang anak-anak dari pengajian tahfiz menyambung pendidikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET),” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Anwar berkata, dalam syarahan umum itu beliau turut berkongsikan mengenai persetujuan Malaysia untuk menyahut pelawaan Syeikhul Azhar dalam menjayakan Majlis Hukama’ al Muslimin pimpinan beliau dengan menamakan wakil termasuk seorang wanita.

“Saya juga menegaskan di dewan yang mulia ini mengenai keputusan K la kerajaan Malaysia melarang dan tidak memberi izin kepada kapal dagang Israel berlabuh di mana-mana pelabuhan di Malaysia dan kini Malaysia juga sedang mengemukakan cadangan agar Israel disingkirkan dari menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

“Insya-Allah, dengan segala kudrat dan doa anak-anak serta para ulama yang mendukung kita, Malaysia akan melakukan apa yang terbaik untuk negara dan umat. Islam tidak akan tertegak semata-mata dengan laungan dan retorik, tapi mesti dengan penghayatan yang benar dan dizahirkan melalui tindakan serta mesej yang jelas,” katanya.

Terdahulu, Anwar berkata, berpeluang menyampaikan syarahan umum di hadapan para ilmuwan dan pelajar Universiti Al-Azhar merupakan suatu penghormatan kerana universiti tersebut merupakan gedung ilmu yang memiliki sejarah lebih seribu tahun.

Kata beliau, Universiti Al-Azhar antara institusi yang telah memberi sumbangan pendidikan dan pencerahan serta berpengaruh dalam dunia Islam muktahir ini.

“Program islah dan perubahan yang dimulakan oleh Universiti Al-Azhar dengan kemunculan Syeikh Rashid Reda, Syeikh Muhammad Abduh dan lain-lain menjadi benteng akidah dalam keadaan negara umat Islam diasak oleh penjajah dengan pelbagai segi seperti dilemahkan kekuatan dan dihilangkan keyakinan mereka.

“Inilah peranan yang dilakukan oleh Lord Cromer di Mesir, Stamford Raffles di Rantau Melayu dan Thomas Macaulay di India dalam mempengaruhi minda umat Islam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI