fbpx

Tiada rakyat Malaysia terjejas serangan pengganas di Quetta, Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di sekitar Quetta, Pakistan selepas kejadian serangan pengganas semalam.

PUTRAJAYA – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian serangan pengganas di Quetta, wilayah Balochistan, Pakistan yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan kepada orang awam semalam.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terlibat.

Katanya, Malaysia berdiri teguh bersama kerajaan Pakistan dan rakyatnya dalam tempoh sukar ini.

“Malaysia sentiasa berpendirian teguh bahawa keganasan dalam semua bentuk dan manifestasinya merupakan ancaman bukan sahaja kepada kestabilan negara tetapi cabaran kepada masyarakat antarabangsa secara amnya,” katanya hari ini.

Susulan itu, Malaysia kekal komited dalam menyokong usaha masyarakat antarabangsa memerangi keganasan dan menggalakkan kestabilan serantau.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad sentiasa memantau situasi semasa.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad atau Konsulat Jeneral Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI