fbpx

Terengganu disaran paten ikan celup tepung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menyarankan kerajaan negeri Terengganu agar mempatenkan produk makanan, ikan celup tepung yang popular di negeri ini sebagai harta intelek di bawah kategori petunjuk geografi.

Pengerusi MyIPO, Dr. Mohd. Zuhan Mohd. Zain berkata, ikan celup tepung amat sinonim dengan Terengganu dan mempunyai ramai pengusaha di pesisir pantai negeri tersebut.

“Ikan celup tepung atau lebih dikenali sebagai ICT masih belum dipatenkan seperti dilakukan terhadap keropok lekor losong yang sudah didaftarkan (pada tahun 2016).

“Antara lokasi tumpuan peniaga ICT yang boleh diberi fokus untuk dipatenkan dalam kategori Petunjuk Geografi ialah Penarik (Setiu) dan sekitar Lapangan Terbang Sultan Mahmud (Kuala Nerus),” katanya merasmikan pejabat satelit cawangan Terengganu di sini hari ini.

Mohd. Zuhan berkata, cawangan Terengganu tersebut merupakan pejabat satelit MyIPO pertama di negara ini.

Jelas beliau, pembukaan pejabat satelit itu bagi memudahkan rakyat Terengganu khususnya usahawan untuk berurusan dengan MyIPO bagi urusan pematenan harta intelek.

“Sebelum ini, mereka perlu ke pejabat Wilayah Timur di Kuantan, Pahang untuk berbuat demikian.

“Memahami kekangan dihadapi selain kesedaran tinggi dalam kalangan usahawan Terengganu terhadap kepentingan mematenkan harta intelek, MyIPO membuka pejabat satelit di negeri ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI