fbpx

Suami bebas tuduhan lacur isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Sepasang suami isteri dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini hari ini atas tiga pertuduhan terlibat dalam kegiatan pelacuran.

Hakim Hamidi Syafie memutuskan untuk menggugurkan ketiga-tiga pertuduhan tersebut terhadap Ahmad Nizam A. Aziz, 38, dan isterinya, Nor Syuhada Abu Hassan, 37.

Mengikut pertuduhan pertama, Ahmad Nizam didakwa menjadi orang tengah bagi kegiatan pelacuran melibatkan isterinya dengan lelaki lain.

Pendakwaan ke atas buruh itu dibuat mengikut Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa melacurkan isterinya di lokasi, waktu dan hari sama mengikut Seksyen 27(1) enakmen sama.

Ahmad Nizam didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah bilik hotel di bandar raya ini pada 24 dan 25 Julai 2019.

Sementara itu, Nor Syuhada pula didakwa melakukan persediaan melacurkan diri di lokasi sama pada pukul 10 hingga 10.20 malam, 25 Julai 2019.

Wanita itu yang bekerja sendiri didakwa mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI