fbpx

Remaja perempuan maut jatuh kondo tingkat 16

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang remaja berusia 16 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium do Farlim, Ayer Itam, malam tadi.

GEORGE TOWN – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditemukan maut selepas terjatuh dari biliknya di tingkat 16 sebuah kondominium di Farlim, di sini semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 tengah malam itu, ibu bapa kepada remaja perempuan tersebut tiada di rumah.

Remaja itu dikatakan berada di rumah bersama teman lelakinya, 16, dan seorang kakak angkat berusia 20-an.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Lee Swee Sake berkata, setakat ini tiada unsur jenayah dalam insiden berkenaan namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Proses bedah siasat mayat dijalankan di Hospital Pulau Pinang,” katanya. – KOSMO! ONLNE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI