fbpx

Pura-pura nak beli rod, mesin pancing sebelum samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki berpura-pura mahu membeli rod dan mesin pancing sebelum bertindak melarikan wang tunai sebanyak RM10,000 dalam kejadian samun kira-kira pukul 10.30 pagi di sebuah premis di premi, di sini hari ini.

Suspek bersama seorang rakan jenayah turut melarikan sejumlah peralatan memancing serta sebuah telefon bimbit, namun kegembiraan mereka tidak bertahan lama apabila berjaya diberkas polis kira-kira empat jam selepas melakukan rompakan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, polis menahan empat suspek berusia lingkungan 30-an hingga 40-an yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.

“Semasa kejadian terdapat pemilik premis iaitu lelaki warga emas berusia 65 tahun ditemani isterinya berusia 61 tahun.  Lelaki itu masuk ke dalam kedai bersama seorang rakan dengan bersenjatakan parang.

“Salah seorang suspek bertindak naik ke atas rak dan mengambil pelbagai peralatan memancing dan wang tunai berjumlah RM10,000 di dalam laci serta sebuah telefon jenama Xiaomi bernilai kira-kira RM26,000,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, sebaik menerima laporan, sepasukan polis berjaya mengesan kereta dinaiki suspek di Sungai Layar dan kedua-duanya ditahan bersama semua barangan termasuk wang tunai yang dilarikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI