fbpx

PRN Sabah boleh dilaksanakan bila-bila masa – Hajiji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hajiji ketika menghadiri Persidangan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) 2024 di Kota Kinabalu hari ini. Foto oleh Ivan Amirul/ KOSMO!

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 (PRN17) boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang hingga Oktober tahun depan.

Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, Sabah masih mempunyai tempoh sehingga Oktober 2025 untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada PRN.

“Namun kita boleh mengadakan pilihan raya bila-bila masa sebelum atau sehingga tempoh kita tamat. Apa yang pasti, kita akan berdepan pilihan raya,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar bertajuk ‘Memperkasa Parti, Memakmurkan Negeri’ pada Persidangan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat 2024 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hajiji menyatakan kerajaan GRS-PH (Pakatan Harapan)-Plus pimpinannya memerlukan mandat baharu rakyat dan sokongan signifikan bagi menerajui kerajaan negeri bagi tempoh lima tahun lagi.

Menurut beliau, tempoh itu amat penting kepada rakyat dan negeri ini bagi memastikan segala agenda dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang kita gagaskan dapat dilaksanakan dengan jayanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI