fbpx

Polis siasat video tular bangkai anjing dalam lubang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video memaparkan bangkai anjing tular di media sosial

LUMUT – Polis menyiasat penularan video dalam media sosial mendakwa berlaku pelupusan bangkai anjing dalam bilangan banyak dalam sebuah lubang yang digali, kononnya berlaku di Manjung.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung video tersebut yang dimuat naik di aplikasi TikTok dan Facebook pukul 10.53 malam semalam.

“Wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah Manjung telah membuat laporan polis tentang penularan maklumat tidak sahih tersebut. Ia disebarkan oleh pemilik akaun TikTok bernama ‘kyrildescobar’ dan pemilik akaun Facebook bernama ‘Kyril Pablo Escobar’,” katanya di sini malam ini.

Menurutnya,  kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI