fbpx

Peserta Jom Celik Al-Quran berjaya khatam dirai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Muhammad Razak (tengah) bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Nizam Yahya (enam kanan) bergambar bersama wakil peserta khatam pada Majlis Khatam al-Quran Perdana Kali ke-4 1446H/2024M di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Seramai 250 peserta dari lapan lokasi Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan menyertai Program Khatam Al-Quran Perdana “Jom Celik Al-Quran” yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersama Yayasan Institut Pengajian Al-Quran (IPaQ).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, MAIWP telah memperuntukkan dana zakat berjumlah RM350,000.00 pada tahun ini bagi membiayai Program Celik Al-Quran ini.

Beliau berkata, inisiatif itu bertujuan untuk menyemarakkan kecintaan terhadap al-Quran, khususnya di kalangan golongan asnaf dan mereka yang kurang berkemampuan.

“Sejak dimulakan pada 2020, program ini telah memberi peluang kepada lebih 300 peserta untuk meningkatkan bacaan al-Quran mereka.

“Selain itu juga MAIWP turut memperkenalkan satu inisiatif baharu iaitu “1 Pelajar 1 Al-Quran”, dimana setiap pelajar baharu institusi pendidikan milik MAIWP akan menerima satu unit al-Quran setiap seorang,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui ucapan yang dibacaka oleh Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Muhamad Razak Idris di Majlis Khatam al-Quran Perdana di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, inisiatif “1 Pelajar 1 Al-Quran” itu bakal melibatkan pembekalan 5,000 naskah al-Quran yang dijangka dilaksana pada tahun 2025 dan melibatkan perbelanjaan dana zakat berjumlah RM324,000.00.

“Program ini bertujuan membudayakan kecintaan terhadap al-Quran dalam kalangan generasi muda.

“MAIWP terus bertekad memperluaskan pengajian al-Quran kepada golongan asnaf, memberi mereka bukan hanya ilmu, tetapi kekuatan dalaman dalam menghadapi cabaran hidup,” katanya.

Katanya, dengan usaha itu, diharapkan setiap lapisan masyarakat dapat merasai manfaat al-Quran sebagai panduan hidup yang kekal abadi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI