fbpx

Pengiktirafan Politeknik Port Dickson bukti kejayaan TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan yang diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.

PETALING JAYA – Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan yang diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik oleh Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC) membuktikan keunggulan pendidikan yang ditawarkan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, penganugerahan itu merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan kerana APACC merupakan badan akreditasi yang dihormati di rantau Asia Pasifik khususnya dalam bidang TVET.

Katanya, pengiktirafan daripada APACC bukan sahaja melambangkan kualiti dan keunggulan pendidikan yang ditawarkan, tetapi juga membawa makna bahawa standard institusi kita kini diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Saya berharap agar pencapaian ini dapat menyuntik semangat dan inspirasi kepada semua institusi TVET di Malaysia untuk terus berinovasi dan mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi, seiring dengan agenda TVET Negara dalam meningkatkan kualiti hidup graduan dan membina masyarakat yang berkemahiran tinggi.

“Sekali lagi, syabas dan tahniah kepada Politeknik Port Dickson! I’m really proud of this. Semoga ia menjadi pembakar semangat untuk kita terus maju dalam membina masa depan yang lebih gemilang. Insya-Allah,” kata beliau di Facebook hari ini.

Pengerusi Majlis TVET Negara itu juga berharap pencapaian diperoleh Politeknik Port Dickson di Negeri Sembilan itu dapat menyuntik semangat serta inspirasi kepada semua institusi TVET di negara ini untuk terus berinovasi dan mencapai kecemerlangan lebih tinggi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI