BEBERAPA bulan kebelakangan ini ramai anak seni mengakui rumah tangga mereka sudah menemui titik noktah.
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba semuanya seperti menunggu giliran untuk berkongsi tentang status semasa masing-masing.Tidak terkecuali penyanyi yang juga cef selebriti Datuk Fazley Yaakob. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Asmara Ini itu memaklumkan sudah bercerai dengan bekas isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz sekitar pertengahan bulan lalu.
Tanpa menjelaskan secara terperinci punca perceraian itu, peminat bagaimanapun seakan sudah ‘pasrah’ dengan khabar duka berkenaan.
Jadi tidak ada yang sibuk bertanya lanjut soal itu melainkan masing-masing berebut mengajak dan mahu ikut Fazley ke gim.
Perkara itu tercetus apabila Fazley berkongsi video sedang bersenam di sebuah gim. Gara-gara itu, peminat tidak keruan melihat otot-otot Fazley apatah lagi dalam keadaan mengenakan singlet dan berseluar pendek.
Malah ada yang mengatakan penampilan ‘seksi’ Fazley itu sebagai satu permulaan baharu setelah bergelar duda.
Sebaliknya, Fazley menafikan perkara itu dengan memaklumkan sudah beberapa kali berkongsi foto atau video dalam keadaan sebegitu sebelum ini.
Diva: Sejak September hati Diva berdebar-debar sebab takut ada lagi artis nak bercerai selepas ini.