fbpx

Malaysia sanjung usaha Mesir nokhtahkan penindasan rejim zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersama Abdel Fattah El-Sisi di Kaherah, Mesir hari ini

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menyanjung usaha Mesir bersama Qatar dan Amerika Syarikat (AS) yang bertindak selaku perantara dalam menoktahkan penindasan oleh rejim zionis Israel.

Beliau berkata, Malaysia dan Mesir juga perlu memainkan peranan lebih proaktif dan tegas dalam memastikan keganasan yang sedang berlaku ketika ini untuk terus dihentikan.

“Pertemuan saya bersama Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi menyentuh pelbagai perkara dalam usaha memperkukuh hubungan strategik kedua-dua negara.

“Kami juga membincangkan situasi di Palestin yang mana Malaysia menyanjung usaha Mesir bersama Qatar dan Amerika Syarikat yang bertindak selaku perantara dalam menoktahkan penindasan oleh rejim zionis Israel.

“Kami bersetuju bahawa kedua-dua negara mesti memainkan peranan yang lebih proaktif dan tegas dalam memastikan keganasan dihentikan dan nyawa diselamatkan serta keadilan sejagat mesti ditegakkan,” jelas Anwar ketika sidang akhbar di Kaherah, Mesir hari ini.

Terdahulu Anwar bersama delegasi dari Malaysia mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden El-Sisi di Istana Al-Ittihadiya (Heliopolis) di Kaherah.

Dalam pada itu, Anwar berkata, hubungan Malaysia-Mesir juga meliputi soal kerjasama dalam bidang pelaburan dan perdagangan, minyak sawit, industri halal, pendidikan, pelancongan, kesihatan serta sumber asli dan tenaga boleh baharu.

Katanya, pertemuan dan perbincangan mereka turut menyentuh soal BRICS yang mana Malaysia menghargai usaha Mesir dalam menyokong penyertaan negara sebagai rakan kerjasama. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI