fbpx

Liga Super: Cengkaman JDT semakin kukuh, berpesta gol benam Perak FC 5-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGSON melompat meraikan gol jaringannya pada perlawanan Liga Super antara JDT menentang Perak FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super selepas berpesta gol 0-5 menewaskan Perak FC di Stadium Sultan Ibrahim, di sini hari ini.

Kemenangan itu membolehkan skuad Harimau Selatan mengutip 40 mata daripada 14 perlawanan, 11 mata di hadapan pencabar terdekat, Selangor FC yang memperoleh 29 mata.

JDT memperoleh gol pertama hasil jaringan Arif Aiman Hanapi pada minit ke-21, diiikuti jaringan oleh Bergson Da Silva yang secara keseluruhan menyumbat tiga gol dalam perlawanan berkenaan dan satu jaringan oleh Morales.

Pada minit ke-84, berlaku kekecohan di atas padang yang berpunca daripada kekasaran sesama pemain di luar kotak penalti pasukan Perak yang menyaksikan Tommy Mawat Bada mencekik Arif Aiman dan pemain sayap JDT itu dengan jelas menumbuk muka pemain pertahanan lawan itu.

Pengadil perlawanan mengambil tindakan mendamaikan situasi itu dengan melayangkan kad kuning kepada kedua-dua pemain tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI