fbpx

Lebih 12,000 peserta ikuti Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (lima dari kiri) berkenan menyertai acara Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2024 di Kuala Kangsar hari ini. - FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI/ KOSMO!

KUALA KANGSAR – Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah yang diadakan di Dataran Pavillion di sini hari ini, mendapat sambutan hebat apabila berjaya menarik penyertaaan lebih 12,000 peserta.

Tambah meriah apabila Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berangkat mencemar duli menyertai acara larian tersebut.

Turut menyertai baginda berdua ialah anakanda, Raja Nazira Safya.

Terdahulu, Sultan Nazrin turut ber­kenan menyempurnakan upa­cara pelepasan peserta bagi ka­tegori 15 kilometer (5,579 orang), 10 kilometer (4,623 orang) dan tujuh kilometer (1,418 orang).

Tuanku Zara kemudian berkenan menyempurnakan acara penyampaian hadiah kepada semua pemenang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI