fbpx

Lagi kes buli UPNM, pelajar retak rusuk dipijak senior

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS menerima laporan dibuat mangsa kira-kira pukul 8.40 malam, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kes seorang pelajar tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), di sini yang cedera parah akibat dipijak senior, bulan lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu sekitar pukul 8.40 malam, kelmarin.

Katanya, laporan tersebut memaklumkan seorang pelajar mengalami cedera parah dan kejadian itu berlaku pada 21 Oktober lalu.

“Kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 10.45 malam ketika mangsa berada di tepi padang kawad setelah selesai panggil nama.

“Mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 19 tahun dilaporkan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak oleh seorang pelatih tahun tiga di universiti berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital berhubung kecederaan yang dialami.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan dilengkapkan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI