fbpx

Kes kehilangan RM1 juta: Dua pengawal keselamatan dibebaskan dengan jaminan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Dua pengawal keselamatan yang ditahan berkait kes kehilangan wang tunai RM1 juta selepas proses kutipan oleh sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di Ampang Point, 6 November lalu, sudah dibebaskan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kedua-dua suspek dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Katanya, kertas siasatan sedang dikemaskini sebelum tindakan selanjutnya dilakukan.

“Selepas itu, kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwaraya dalam tempoh terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rabu lalu, dua pengawal keselamatan yang merupakan lelaki dan wanita masing-masing berusia 38 dan 52 tahun ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira pukul 10 malam.

Sebelum ini, polis menerima laporan mengenai kehilangan sebuah beg yang berisi wang tunai RM1 juta daripada sebuah pusat beli belah di Ampang.

Laporan berhubung kejadian itu pada pukul 3.55 petang dibuat selepas proses kutipan dilakukan sebuah syarikat keselamatan daripada sebuah bank.

Bagaimanapun, beg berisi wang tunai berkenaan telah ditemukan semula hari sama kehilangannya oleh orang awam ketika melalui lokasi berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI