fbpx

Kerajaan minta Bangladesh perjelas tujuan ekstradisi Aminul, Ruhul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (kanan) hadir Majlis Penyerahan Projek Depot Tahanan Imigresen dan Kuarters di Jawi, Pulau Pinang hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Bangladesh perlu memberi penjelasan kepada kerajaan Malaysia berhubung tujuan permohonan ekstradisi dua ahli perniagaan, Aminul Islam dan Ruhul Amin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Bangladesh telah menghantar pemakluman rasmi kepada Bukit Aman namun tidak dinyatakan tujuan permohonan ekstradisi terbabit.

“Saya kemudiannya telah berbincang dengan IGP (Ketua Polis Negara) dan Peguam Negara dan kita kena jelas dulu apakah objektif (ekstradisi). Kalau untuk tujuan siasatan, kaedahnya adalah pihak Bangladesh kena menggunakan saluran Mutual Legal Assistance (MLA).

“Sekiranya mereka bertujuan mahu nama-nama itu dituduh di mahkamah (Bangladesh), maka mereka perlu ‘invoke’ tujuan ekstradisi,” katanya ketika diminta mengulas berhubung status permohonan ekstradisi kedua-dua individu terbabit selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Depot Tahanan Imigresen dan Kuarters Jawi Pulau Pinang, di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Aminul dan Ruhul didakwa memainkan peranan penting dalam sistem yang didakwa terlibat ‘memeras wang secara curang’ daripada mangsa, lapor Bloomberg.

Pada 24 Okt, cawangan Interpol Bangladesh menulis kepada rakan sejawatnya di Malaysia bahawa kedua-duanya didakwa mendedahkan mangsa mereka kepada penyeksaan fizikal dan mental. Bagaimanapun, Aminul dan Ruhul menafikan tuduhan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan tiga warga negara Malaysia yang mendakwa adalah ‘wakil kerajaan’ berhubung siasatan pengubahan wang haram, pemerasan dan pemerdagangan pekerja asing melibatkan pekerja warga negara itu.

Baru-baru ini, media melaporkan sekurang-kurangnya dua portal berita Bangladesh mendakwa ketiga-tiga individu tersebut melawat negara itu pada September lalu sebagai wakil kerajaan serta memberi maklumat palsu mengenai siasatan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI