fbpx

‘Isu nafkah RM500, dahulu saya memang tak berduit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARNAAZ mengakui tidak terkesan apabila bayaran nafkah RM500 diungkit semula.

PETALING JAYA – Tidak terkesan, itu yang ditegaskan pelakon Sharnaaz Ahmad selepas isu bayaran nafkah berjumlah RM500 yang pernah diberikan kepada bekas isterinya, Noor Nabila kembali diperdebatkan netizen.

Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 39, berkata, dia tidak pernah mempedulikan perkara negatif kerana terlalu kerap menerima komen sebegitu dalam media sosialnya.

“Tentang perempuan itu, saya tak kisah pun sebab banyak sahaja komen sebegitu sebelum ini. Saya tidak terkesan dan semua sudah tahu tentang isu nafkah RM500 tersebut, itu zaman bila?

“Dia cakap benda itu pun tak menggores hati dan sekarang hidup saya pun gembira.

“Rezeki Allah SWT beri hari banyak dan Alhamdulillah boleh beri lebih pada anak,” katanya dalam siaran langsung Instagram hari ini.

Dia juga berpendapat individu yang mengungkit kisah lama mungkin mempunyai masalah berkaitan kesihatan mental.

“Sebenarnya perempuan itu turut kacau semua orang, bukan saya sahaja.

“Dia memang suka cari masalah dengan orang, berani melawan dan tak takut.

“Mungkin dia ada sedikit masalah di sini (mental) cuma harap dia jangan guna gambar anak bila nak cakap negatif tentang orang lain,” ujarnya.

Dalam masa sama, bintang filem Polis Evo 3 itu berkata, setiap manusia termasuk dirinya pernah melalui zaman kejatuhan namun hasil kerja keras, dia mampu mencapai banyak pencapaian seperti hari ini.

“Semua individu melalui turun naik dalam hidup dan saya terima zaman kejatuhan ketika itu.

“Kemudian saya usaha, melakukan bisnes dan kerja keras cari duit dengan macam-macam cara untuk berjaya supaya dapat tunjuk pada anak.

“Orang tak nampak siang malam saya usaha mencari duit. Dahulu mungkin saya tak berduit. Biasalah, hidup setiap manusia macam roda, kalau rasa hidup di atas sahaja, ada masalahlah itu,” jelasnya.

Semalam, Sharnaaz secara sarkastik menegur seorang wanita yang meninggalkan komen berbaur sindiran berhubung isu bayaran nafkah dalam salah satu hantaran Instagramnya.

Tegurnya, wanita tersebut sepatutnya menjaga keluarga sendiri dan berharap agar anak-anaknya tidak mengikut perangai buruk tersebut.

Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada Mac 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia tujuh tahun.

Bagaimanapun, pasangan itu berpisah sekitar Julai 2020 selain Nabila memberi alasan mahu bercerai kerana Sharnaaz memberi nafkah zahir tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun lebih daripada kemampuannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI