fbpx

Fasa pertama zon bebas cukai Forest City mula Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ (tengah) diberi penerangan mengenai mesin x ray sambil diperhatikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin (kiri) sempena Perasmian Kompleks Kastam Forest City, Iskandar Puteri hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Fasa pertama pelaksanaan zon bebas cukai di Forest City di sini akan bermula pada 15 November ini manakala fasa kedua dijangka bermula suku pertama 2025.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelaksanaan zon bebas cukai itu akan dibantu dengan pengoperasian Kompleks Kastam Diraja Malaysia Forest City yang baharu.

“Sebagaimana kita bekerjasama membina kompleks Kastam di sini, sama-samalah kita bekerjasama membina Johor yang lebih maju dan gemilang,” katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Kompleks Kastam Diraja Malaysia Forest City, di Hotel Marina, di sini hari ini.

Tambah Onn Hafiz, penggunaan teknologi terkini dalam Kompleks Kastam di Forest City ini selari dengan hasrat menjadikan Johor sebuah negeri maju menjelang tahun 2030.

“Selain itu, saya akan mengetuai delegasi kerajaan negeri ke Dubai tidak lama lagi untuk melihat dan mempelajari industri kewangan di sana. Kita juga akan mengadakan pertemuan dengan pelabur-pelabur berpotensi di sana,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Country Garden Pacificview Sdn. Bhd. (CGPV), Datuk Md. Othman Yusof memaklumkan pihaknya telah bersedia dengan implementasi pulau satu Forest City sebagai zon bebas cukai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI