fbpx

EPL: Arsenal yakin kuasai derbi London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAVERTZ (tengah) bakal terus menjadi pemusnah buat bekas kelabnya, Chelsea seperti dua gol ketika kali terakhir bertemu April lalu. - ARSENAL FC

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta kekal optimis anak-anak buahnya mampu menjinakkan Chelsea menjelang derbi London bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge tengah malam ini.

The Gunners tidak berada pada landasan terbaik untuk menghadapi pertembungan getir itu berdasarkan dua kekalahan berturut-turut dalam dua aksi terakhir, 0-1 kepada Newcastle United bagi aksi EPL dan 0-1 di tangan Inter Milan di Liga Juara-Juara Eropah.

Selain ketumpulan penyudah, masalah kecederaan di barisan pertahanan juga terus menghantui Arsenal meskipun kembali mendapat sentuhan kapten, Martin Odegaard untuk aksi menentang The Blues.

Namun, Arteta melaungkan keyakinan pasukannya mampu membawa pulang tiga mata jika mereka mengekalkan prestasi sama menentang Inter selain hakikat Chelsea gagal menewaskan mereka dalam enam pertemuan terakhir.

Kali terakhir naib juara EPL dua musim berturut-turut itu tewas kepada Chelsea adalah tiga tahun lalu dengan keputusan 0-2.

Sejak itu, The Gunners menang lima dan satu seri daripada enam pertemuan termasuk membelasah Chelsea 5-0 hasil dua jaringan Ben White dan Kai Havertz serta satu daripada Leandro Trossard pada pertembungan terakhir April lalu.

“Jika kami bermain seperti ini, kami ada peluang menang ke atas Chelsea. Saya beritahu para pemain bahawa saya bangga dengan mereka (meskipun tewas 0-1 kepada Inter) kerana sudah lama tidak bermain dengan corak seperti ini.

“Jujurnya memang kecewa dengan keputusan tetapi kami mendominasi permainan. Benar kami tidak menjaringkan gol dan kami menerima hakikat ini.

“Positifnya adalah kami kembali mendapat keyakinan dan saya percaya Ahad ini (tengah malam ini), kami akan menunjukkan kualiti yang tinggi dan dapat menjaringkan gol. Saya yakin ia bukan satu masalah buat kami,” kata Arteta.

Bagaimanapun, Arteta berkemungkinan besar turun tanpa tonggak tengahnya, Declan Rice yang dilaporkan mengalami kecederaan patah jari kaki ketika Arsenal tewas 0-1 kepada Newcastle hujung minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI