fbpx

EPL: Aksi terakhir Nistelrooy bersama United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NISTELROOY (kanan) akan mengemudi United buat kali terakhir menentang Leicester sebelum Amorim melaporkan diri esok. - AFP

MANCHESTER – Pengendali interim Manchester United, Ruud van Nistelrooy berminat untuk menjadi pengurus tetap The Red Devils pada masa hadapan menjelang perlawanan terakhirnya bersama kelab itu menentang Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini.

Sebagai rekod, Nistelrooy telah diberikan mandat sementara untuk mengemudi United dalam empat perlawanan kompetitif bagi menggantikan tempat Erik ten Hag yang dipecat bulan lalu.

Namun, jodoh Nistelrooy dan United bakal berakhir apabila kelab berkenaan mendapat ketua jurulatih baharu, Ruben Amorim yang akan melaporkan diri di Old Trafford secara rasmi esok.

Bekas penyerang Belanda itu mengakui akan sentiasa menunggu detik untuk berbakti dengan United sekiranya diberi peluang pada masa depan.

“Sudah tentu saya mahukan jawatan itu (pengurus tetap), sebab itu saya tidak kisah untuk kembali ke Old Trafford sebelum ini selaku penolong pengurus kerana ini adalah kelab yang cukup istimewa di hati saya,” katanya.

Mengulas lanjut, Nistelrooy berharap dapat memberikan ‘hadiah’ perpisahan terbaik buat para peminat United dengan meraih tiga mata penuh ketika menentang The Foxes nanti.

“Kami mengharungi tiga perlawanan dengan begitu positif dan saya harap dapat mengakhiri tugas dengan melakar kemenangan.

“Sudah pasti ia akan menjadi aksi yang cukup beremosi buat saya kerana saya bangga dengan kerjasama penuh yang diberikan oleh barisan pemain,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI