fbpx

DBKL sita meja makan halang laluan di Bangsar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang disita DBKL di Bangsar semalam.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Lembah Pantai melaksanakan tindakan khas terhadap barangan perniagaan yang diletakkan di tempat awam di Jalan Telawi 4 dan Lorong Ara Kiri, Bangsar.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, sebanyak empat sitaan dilaksanakan terhadap barangan perniagaan yang diletakkan di tempat awam.

“Tindakan diambil di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Kesemua barangan yang disita dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” katanya.

Tambhanya, DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang dikenal pasti. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI