fbpx

Chor Kin, Natalie terunggul di Sekichan Ultra 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Law Chor Kin memanfaatkan aksi di Sekinchan Ultra untuk menyiapkan diri menjelang satu lagi perlumbaan di Malaysia pada Februari depan

PETALING JAYA- Jaguh larian jarak jauh Hong Kong, Law Chor Kin dan Natalie Dau dari Australia masing-masing mempamer daya ketahanan yang mengkagumkan untuk muncul juara keseluruhan 100km lelaki dan wanita pada edisi keempat Sekinchan Ultra yang berlangsung hujung minggu ini.

Sekinchan Ultra, yang dianjurkan oleh Lumen Sports, dikenali sebagai laluan paling mendatar di Malaysia, namun tetap menghadirkan cabaran luar biasa yang menguji fizikal dan mental setiap pelari.

Chor Kin, pelumba ultra terkemuka di negaranya, mendominasi kategori lelaki keseluruhan dengan masa 10 jam, 12 minit dan 17 saat (10:12:17). Atlet tempatan Lye Tick Twan di tempat kedua dengan 11:17:42, manakala Qawiem Abu Bakar melengkapkan podium dengan 12:22:33.

“Saya benar-benar menikmati perlumbaan ini. Walaupun pernah bertanding di Malaysia, ini kali pertama saya ke Sekinchan,” kata Chor Kin, yang telah menyertai lebih 100 acara ultra dalam kariernya.

Aksi 100km wanita menyaksikan Natalie Dau menjuarai kategori tersebut dengan masa 11:42:38. Wakil tempatan Lee Yee Shi di tempat kedua dengan 12:20:33, diikuti Poo Lai Kuen pada 12:45:26.

Natalie sebelum ini mencipta rekod dalam Guinness World Records sebagai individu terpantas merentasi Semenanjung Malaysia dengan larian 700km dari Kelantan ke Johor Bahru dalam lapan hari dan 46 minit.

Selain acara utama 100km, Sekinchan Ultra turut menawarkan lima lagi jarak larian iaitu 50km, 30km, 21km, 10km, dan 5km, dengan lebih 900 penyertaan dari 10 negara.

Sekinchan Ultra edisi keempat ini bersejarah apabila ia diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai maraton ultra paling mendatar di negara ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN