fbpx

Cabaran sengit menanti KL Thunder

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUMALI (tengah) bersama barisan pemain KL Thunder meraikan kejayaan sebagai juara STL dengan lima kemenangan Grand Prix.

BIARPUN mencatat lima kemenangan Grand Prix Liga Sepak Takraw Malaysia (STL) 2024, namun ia bukan jaminan buat Kuala Lumpur (KL) Thunder menjuarai Piala Juara-Juara 2024.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Sumali Reduan menuntut pemainnya tidak dibuai kemenangan dan fokus menghadapi cabaran lebih sukar selepas ini.

Bagi Sumali, cabaran kali ini lebih berbeza perlu berhadapan kelab-kelab luar negara seperti Garuda Sepaktakraw (Indonesia), MGPC Singapore (Singapura), Royal Thai Air Force Takraw Club (Thailand) dan India Fighters (India).

“KL Thunder telah buktikan mereka cukup konsisten apabila melakar lima kemenangan Grand Prix. Tetapi, saya beritahu pemain kemenangan tersebut tidak bermakna kita mampu juarai Champions Cup (Piala Juara-Juara) minggu depan.

“Ia adalah pentas berbeza dan terdapat pasukan luar negara. Sudah pasti ia adalah cabaran yang lebih besar dan sengit menanti mereka.

“Sebab itu saya tekankan kepada mereka lipat gandakan usaha, kemahiran dan lain-lain untuk hadapi tekanan yang lebih mencabar,” katanya ketika ditemui pada Majlis Malam Apresiasi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur kelmarin.

Pada aksi di Serdang bermula 13 hingga 17 November ini, KL Thunder diundi dalam Kumpulan A bersama juara bertahan musim lalu, Negeri Sembilan Antlers selain dua lagi pasukan jemputan dari Indonesia dan Singapura.

Bagi memastikan kemenangan, KL Thunder menyenaraikan regu emas seperti tekong, Muhammad Zarif Merican Ibrahim Merican, Mohammad Syahir Rosdi; apit kanan, Mohamad Azlan Alias, Muhammad Redwan Hakim Muhammad dan apit kiri, Amirul Zazwan Amir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI