fbpx

Bayi maut ditinggalkan ibu keluar merayau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan mayat bayi perempuan yang terlantar di atas tilam. - Instagram

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mengundang kecaman orang ramai kerana sanggup meninggalkan bayinya sendirian di rumah untuk pergi merayau-rayau sehingga kanak-kanak itu meninggal dunia, lapor portal berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku di Kampung Kuala Sungai Pasir, Ogan Komering Ilir, wilayah Sumatera Selatan. 

Rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @kayuagunglipp menunjukkan orang ramai cuba memeriksa nadi dan jantung bayi tersebut. 

Bahkan, ibu kepada bayi itu hanya mendiamkan diri ketika dimarahi oleh wanita lain, seolah-olah rasa bersalah atas kecuaiannya. 

Lebih menyayat hati apabila rakaman itu menunjukkan mayat bayi tersebut terlantar di atas tilam dengan keadaan mata dan mulutnya yang terbuka luas. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 61,900 tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai netizen. 

“Kalau tidak bersedia untuk menjadi ibu, jangan beria beranak!” marah seorang netizen. 

“Dia (ibu) bukan manusia, tetapi binatang!” marah netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI