fbpx

Anwar tiba di Kaherah untuk lawatan rasmi ke Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar diiringi Perdana Menteri Mesir, Mustafa Madbouly sebaik tiba di Kaherah untuk lawatan rasmi. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Kaherah, Mesir bagi memulakan lawatan rasmi atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.

Anwar dalam satu hantaran di laman X awal pagi tadi berkata, kunjungan itu akan membuka peluang dan lembaran dalam membincangkan kemajuan hubungan Malaysia dan Mesir selain menerokai bentuk kerjasama baharu.

“Usaha berterusan juga akan terus dipergiat bagi memperkukuh kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.

“Saya juga turut dijadual menyampaikan syarahan umum di Universiti Al-Azhar Al-Syarif selain bertemu para pelajar dari Malaysia di lokasi sama,” katanya.

Terdahulu, turut mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Luar, Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Huang Tiong Sii serta pegawai lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI