fbpx

AJK surau lemas jatuh sungai ketika ambil wuduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BINTULU – Seorang lelaki yang merupakan ahli jawatankuasa (AJK) Surau Kampung Sebiew di sini ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat mangsa yang juga peniaga minuman pada pukul 8.15 pagi.

“Kali terakhir mangsa dilihat ketika seorang jemaah cuba mengejutkannya untuk menunaikan solat subuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Bintulu dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Ahmad Amir Youb Bahari di talian 013-5653756 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Poilis Daerah Bintulu menerusi 086-318304. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI