fbpx

20 minit tunggu calon tak muncul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar 'google meet' yang memaparkan situasi penemuduga terpaksa menunggu 20 minit gara-gara calon tidak hadir.

PETALING JAYA – Seorang penemuduga meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir calon yang tidak hadir pada sesi temu duga yang dijadualkan.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, Ezwan Zamzuary berkata, dalam satu sesi temu duga sebelum ini beliau terpaksa menunggu calon kira-kira 20 minit.

Ezwan turut menitipkan nasihat kepada golongan pencari kerja mengenai etika temu duga sekiranya mereka sudah tidak lagi berminat dengan jawatan yang dipohon.

“Sekiranya anda tidak berminat dengan pekerjaan tersebut, tidak mengapa untuk menolak temu duga dengan cara yang sopan. Itu adalah hak anda,” katanya.

Pesanan yang ditinggalkan penemuduga tersebut.

Ezwan turut menekankan agar calon menghubungi pihak syarikat dengan segera untuk memaklumkan ketidakhadiran mereka, bukannya menghilang tanpa sebarang pemberitahuan.

“Jika ada halangan atau perubahan, maklumkan melalui teks, e-mel atau mesej. Kita semua manusia dan ini akan membantu pihak syarikat merancang hari mereka dengan lebih baik, daripada menunggu tanpa kepastian,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan pendapat Ezwan dan ada juga yang berkongsi pengalaman serupa.

“Selalu sangat kena macam ini dengan calon. Padahal sehari sebelum temu duga, dia (calon) bertanya macam-macam tips. Sakit hati sebab niat nak bantu terutama graduan baharu. Tapi masa kita dibazirkan dan peluang itu boleh diberikan kepada orang lain,” luah Nuruul Hamieza.

“Ya, betul. Jika tidak berminat, tolak temu duga dengan cara sopan dan beradab. Saya pun pernah tolak temu duga dengan cara yang berhemah,” kongsi Syafinaz Darman.

“Saya pernah menunggu calon temu duga selama sejam. Dia menghilang begitu sahaja dan kemudiannya membalas mengatakan tidak menerima sebarang e-mel atau notifikasi mengenai tarikh temu duga,” kata Aviannaa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI