fbpx

Warga emas berlumuran darah akibat disamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Seorang wanita warga emas cedera berlumuran darah disamun penjenayah bermotosikal yang melarikan barang berharga miliknya di Jalan Bayu Villa, di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), kira-kira pukul 4.30 petang, 26 Oktober lalu.

“Mangsa memaklumkan telah disamun dua suspek menaiki motosikal dengan berpakaian jaket hitam dan bertopi keledar.

“Wanita yang cedera itu turut kehilangan kad pengenalan, kad bank, telefon bimbit dan sejumlah wang tunai sebelum dihantar ke HTAR bagi rawatan lanjut,” katanya malam ini.

Tambah Hoong Fong, pihaknya sedang mempergiatkan usaha mengesan dan menahan suspek terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Justeru, kata beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI