fbpx

[VIDEO] Fenomena puting beliung sebab fasa peralihan monsun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian puting beliung yang berlaku di Pendang dan Yan semalam.

ALOR SETAR – Kejadian puting beliung yang melanda dua buah kampung di Pendang dan Yan semalam adalah fenomena alam biasa yang berlaku di fasa akhir peralihan monsun.

Pengarah Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Ab Aziz berkata, meskipun fasa awal Monsun Timur Laut (MTL) telah bermula sejak Selasa, namun ciri-ciri peralihan monsun masih ada menyebabkan kejadian puting beliung tersebut masih boleh berlaku.

“Kebiasaannya kejadian puting beliung berlaku pada fasa peralihan monsun, namun fasa tersebut telah berakhir pada awal November dan sudah memasuki fasa awal MTL.

“Mungkin disebabkan fasa MTL masih baru lagi jadi ciri-ciri peralihan monsun masih ada sehingga berlakunya kejadian puting beliung tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jelasnya, bagaimanapun pihaknya menjangkakan kekerapan berlakunya kejadian puting beliung ini akan semakin berkurang sepanjang fasa MTL ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI