KEBIASAANNYA, penyanyi memerlukan muzik untuk ‘menghidupkan’ persembahan tetapi sebaliknya pula berlaku tatkala mendengar nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza tanpa muzik.
Itu yang menjadi bualan ramai ketika ini apabila tular trend ‘hilangkan’ muzik dan yang kedengaran hanya suara penyanyi itu sahaja.
Bagi netizen, suara Siti adalah muzik dan mampu membuatkan bulu roma pendengarnya meremang.
“Sedap sangat Siti nyanyi sampai tak sedar yang muzik sudah dihilangkan.
“Suara Siti sendiri sudah seperti muzik. Muzik yang perlukan dia, bukan Siti perlukan muzik,” puji netizen.
Bukan sahaja Siti, nyanyian Ernie Zakri dan Aina Abdul menyanyikan lagu Kau Kekasihku dengan muzik dihilangkan turut meraih pujian.