fbpx

Tentera Darat Malaysia, angkatan Indonesia laksana rondaan bersama di sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perbarisan pembukaan PATKOR Siri 2/2024 di Pos Gabungan Bersama (GABMA) Long Midang, Indonesia, hari ini.

Ba’Kelala – Dua pegawai bersama-sama 32 anggota lain-lain pangkat dari Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) akan melaksanakan rondaan bersama di sempadan bagi membanteras aktiviti lintas batas yang boleh menjejaskan keamanan dan keselamatan negara.

Briged Kesembilan Infantri Malaysia menerusi satu kenyataan, berkata Patroli Terkoordinasi (PATKOR) Siri 2/2024 itu melibatkan Batalion Kesepuluh Rejimen Sempadan (10 RS) TDM dan Batalyon Zeni Tempur 8/Sakti Mandraguna (Yonzipur 8/SMG) TNI-AD.

Menjelas lanjut, kenyataan itu berkata ia adalah operasi di bawah kerjasama bilateral Malaysia/Indonesia (MALINDO) yang dianjurkan oleh agensi Tim Perancang Operasi Darat (TPOD) dan Coordinated Operation Control Committee (COCC).

“Rondaan bersama ini merangkumi 40 unit batu sempadan di persempadanan Malaysia-Indonesia,” katanya.

“Aktiviti bilateral tahunan ini sejajar dengan Teras Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30 dalam memperkukuhkan lagi hubungan diplomasi pertahanan kedua-dua angkatan tentera antara TDM dan TNI-AD,” katanya.

Terdahulu, katanya perbarisan pembukaan PATKOR Siri 2/2024 telah disempurnakan bersama oleh Kepala Staf Korem (Kasrem) Korem 092/Maharajalila, Kolonel Inf Darwis Efendi S.E., M.M dan Pegawai Memerintah 10 RS, Lt Kol Ismanizam Ismail. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI