fbpx

Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak alami cuaca buruk pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga pukul 11 pagi ini.

MetMalaysia memaklumkan, negeri-negeri yang terlibat adalah Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak.

“Di Selangor, cuaca buruk ini dijangka melibatkan kawasan Klang, Kuala Langat dan Sepang,” katanya.

Hujan lebat dan angin kencang turut menjejaskan Negeri Sembilan di Port Dickson.

Tambahnya, Sarawak juga mengalami cuaca buruk di sekitar Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah.

Walaubagaimanapun, cuaca kelihatan cerah dan baik di seluruh Lembah Klang dan Sabah.

Penduduk di kawasan terlibat dinasihati supaya berwaspada terhadap risiko banjir kilat dan pokok tumbang yang mungkin berlaku akibat cuaca buruk ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI