fbpx

Port penagih tunggu tokan dadah digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara suspek yang ditahan dalam operasi tersebut.

KLANG – Sarang penagih berkumpul menunggu tokan dadah untuk melepaskan gian digempur di sekitar daerah ini dan Kajang, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, Op Sarang itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor antara 28 Oktober hingga 3 November lalu.

“Operasi itu berjaya menahan seramai 10 lelaki termasuk tiga warga asing berusia lingkungan 20 hingga 60-an.

“Polis turut merampas dadah heroin dianggarkan seberat 4.25 gram dan 0.61 gram,” katanya hari ini.

Menurut beliau, lokasi serbuan merupakan tempat penagih berkumpul menunggu pengedar yang akan menyerahkan dadah.

“Siasatan mendapati dua daripada suspek yang ditahan dipercayai sebagai pengedar. Ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Tambah Sasikala, operasi itu antara inisiatif membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan yang dikenal pasti sebagai sarang pengedar dan penagih di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI