fbpx

Peruntukan RM50 juta selenggara, baik pulih rumah ibadat bukan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (tengah) memotong kek pada Majlis Makan Malam Sempena Hari Ulang Tahun Ke-4, Pertubuhan Gabungan Penganut Dan Pengurusan Rumah Berhala Cina Malaysia di Skuad, Johor Bahru semalam. - Foto oleh BAZLAN IBRAHIM / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi menyelenggara dan membaik pulih Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di seluruh Malaysia.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, peruntukan itu bagi membantu kerja-kerja pembaikan, pengubahsuaian dan penyelenggaraan bagi mana-mana RIBI yang memerlukan.

Katanya, peruntukan itu disediakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan setiap permohonan akan melalui proses penilaian.

“Permohonan kerja-kerja pembaikan, pengubahsuaian, penyelenggaraan dan kecemasan di rumah ibadat akan dinilai Pasukan Pemantauan dan Penilaian serta Jawatankuasa Taskforce yang dibentuk KPKT.

“Paling penting, setiap permohonan perlu mematuhi Garis Panduan Inisiatif Penyelenggaraan RIBI yang diluluskan Kementerian Kewangan,” katanya ketika merasmikan Majlis Makan Malam Sempena Hari Ulang Tahun ke-4 Pertubuhan Gabungan Penganut dan Pengurusan Rumah Berhala Cina Malaysia di Skudai, di sini, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI