fbpx

MotoGP: Bastianini sedia jadi ‘pengacau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BASTIANINI (kiri) akan memberikan segala-galanya membantu Bagnaia (kanan) muncul juara dunia musim ini. - AFP

BARCELONA – Pelumba Ducati, Enea Bastianini sedia membantu rakan sepasukannya, Francesco Bagnaia untuk merebut gelaran juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2024 pada aksi penutup tirai di Litar de Barcelona-Catalunya pada 17 November ini.

Dalam sidang akhbar baru-baru ini, Bastianini mengakui dia tidak berdepan masalah untuk membantu Bagnaia atau lebih mesra disapa Pecco yang kini sedang berusaha mengejar pelumba Pramac, Jorge Martin dalam perebutan gelaran dunia.

Biarpun Bagnaia muncul juara Grand Prix Malaysia pada Ahad lalu, namun Martin masih mendahului carta teratas kejuaraan dengan 485 mata dan mampu bergelar juara dunia musim ini jika menjuarai perlumbaan sprint di Barcelona..

Ketika ini, Bagnaia berada di tempat kedua dengan 461 mata, ketinggalan 24 di belakang Martin.

“Saya rasa saya boleh bantu Pecco dan dia juga boleh bantu saya jika dia mahu. Namun, semuanya bergantung kepada grid permulaan dan prestasi kami sepanjang hujung minggu. Pecco sangat kompetitif dan dia menunjukkan aksi hebat di Sepang.

“Tetapi untuk menutup jurang 24 mata bukan mudah dan Pecco perlu mengharapkan Jorge (Martin) lakukan kesilapan besar. Jujurnya saya fikir ia memang sukar.

“Pada perlumbaan di Barcelona nanti, tugas saya sedikit mudah kerana saya hanya dipisahkan satu mata dengan Marc (Marquez),” katanya yang kini berjuang untuk merebut tempat ketiga keseluruhan.

Berbaki satu pusingan lagi, semua mata tertumpu kepada strategi bakal diambil oleh kedua-dua pelumba Ducati tersebut terutama Bagnaia yang bersedia menghalang Martin untuk muncul juara lebih awal dalam perlumbaan sprint. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI