fbpx

Malaysia Tigers julang Piala Mirnawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA Tigers mencipta sejarah muncul Piala Mirnawan 2024 selepas menewaskan Korea Selatan 3-2 pada aksi final di Stadium Hoki Nasional sebentar tadi. - AMIR KHALID/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Skuad hoki bawah 17 tahun (B17) lelaki negara, Malaysia Tigers mencipta kejutan apabila menakluk Piala Mirnawan 2024 buat kali pertama dalam sejarah kejohanan tersebut.

Dalam aksi final berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi, Malaysia Tigers berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Korea Selatan 3-2.

Korea Selatan memulakan permainan dengan pantas apabila membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh melalui pukulan sudut penalti Choe Dohyeon.

Semangat juang Malaysia Tigers apabila Aferukl Syah menyamakan kedudukan pada minit ke-38 menerusi gol padang sebelum meletakkan skuad negara mendahului 2-1 selepas menyudahkan pukulan sudut penalti berselang 10 minit kemudian.

Drama berlanjutan kedudukan itu hanya bertahan seminit apabila Korea Selatan pantas menyamakan kedudukan 2-2 menerusi satu lagi pukulan sudut penalti oleh Choe Dohyeon pada minit ke-49.

Bagaimanapun, Malaysia Tigers meneruskan rentak konsisten dan berjaya menemui gol kemenangan pada minit ke-56 melalui jaringan padang daripada kapten pasukan, Muhammad Safwan, menjadikan kedudukan muktamad 3-2.

Lebih manis apabila Malaysia Speedy turut meraih tempat ketiga selepas menewaskan Austria 6-2 dalam penentuan tempat ketiga dan keempat berlangsung petang tadi.

Sebagai rekod, India muncul juara Piala Mirnawan musim lalu selepas menumpaskan Afrika Selatan 4-3 pada aksi final sementara Malaysia Tigers hanya berada di kedudukan ketiga ketika itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI