fbpx

Malaysia kecam serangan anggota pengaman, gesa PBB ambil tindakan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa anggota UNIFIL cedera apabila tentera Israel melancarkan serangan. - MEDIA SOSIAL

PUTRAJAYA – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel di Sidon, Selatan Lebanon yang mengorbankan tiga orang awam selain mencederakan enam anggota pengaman Malaysia yang bertugas dalam Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL).

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, susulan itu, Malaysia menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  untuk mengambil tindakan segera, tegas, dan bersepadu.

Katanya, ia bagi memastikan keselamatan semua anggota pengaman yang memenuhi mandat Majlis Keselamatan PBB.

“Serangan haram berterusan Israel mencabul Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa, Konvensyen Geneva dan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701 merupakan asas kepada mandat UNIFIL untuk melaksanakan misi dan operasi di rantau tersebut.

“Peranan penting UNIFIL ini tidak boleh terjejas,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kata kenyataan itu, Malaysia sekali lagi menegaskan bahawa keselamatan pasukan pengaman PBB serta petugas, konvoi dan infrastruktur misi kemanusiaan perlu sentiasa dilindungi dan diutamakan.

“Ini merupakan satu kewajipan di bawah undang-undang antarabangsa yang tidak boleh dikompromi dan harus dipatuhi oleh semua negara tanpa sebarang pengecualian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI