fbpx

Lebih 1,000 kes insiden di laut tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rosli (dua dari kanan) ketika menyampaikan hadiah Program Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil Maritim Malaysia Hari Bersama Media, di Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA – Dianggarkan lebih 1,000 kes insiden laut termasuk mengakibatkan kematian direkodkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sepanjang tahun ini setakat Oktober lalu.

Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd. Rosli Abdullah berkata, angka tersebut dijangka bertambah susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang sedang berlangsung sekarang.

“Di penghujung tahun ini, MTL merupakan suatu perkara yang kita (komuniti maritim) perlu berhati-hati bagi mengelak kemalangan jiwa di lautan.

“Justeru itu, kita mengharapkan dalam musim MTL kali ini kemalangan jiwa dapat dikurangkan berbanding sebelumnya,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil Maritim Malaysia Hari Bersama Media, di sini, hari ini.

Dalam program tersebut, dianggarkan 80 pengamal media termasuk Kosmo! berpeluang mengikuti acara menembak yang dipertandingkan antaranya ‘falling plat’ dan ‘precision shot’.

Mengulas lanjut, Mohd. Rosli meminta komuniti maritim supaya berwaspada dengan sebarang perubahan cuaca dan amaran dikeluarkan jabatan berkaitan bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.

Menurut beliau, penggunaan jaket keselamatan dan peralatan tambahan seperti personal locator beacon (PLB) adalah penting bagi memudahkan urusan mencari dan menyelamat.

“Persediaan bagi APMM bukan sahaja di laut malah dalam konteks udara juga sudah bersiap sedia, pasukan udara memfokuskan kawasan yang sukar dicapai untuk operasi menyelamat atau bantuan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI