JOHOR BAHRU – Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar menafikan dakwaan yang tular di media sosial TikTok mengatakan beliau telah bersara.
Beliau berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas sebaliknya masih menjalankan tugas seperti biasa.
“Saya masih menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini terjaga.
“Polis Johor memandang serius penyebaran berita palsu ini dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat tidak benar mengikut undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE