fbpx

Jangan kasihankan pengedar pil kuda kalau kena tangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar perkongsian PHM di Facebook.

PETALING JAYA – Mana-mana individu yang bertindak sebagai pengedar dan penjual pil kuda kepada orang lain layak digelar sebagai perosak.

Public Health Malaysia (PHM) dalam satu perkongsian mengatakan, sekiranya individu tersebut ditahan pihak berkuasa, maka jangan kasihankan mereka.

Menurut PHM, golongan tersebut adalah tangan-tangan kotor yang telah menghancurkan impian, masa depan dan nyawa ribuan anak-anak bangsa.

“Setiap kali mereka menyebarkan racun ini, mereka merampas kebahagiaan daripada anak tempatan kita.

“Ketagihan pil kuda bukan sekadar tentang keseronokan yang sementara. Di sebaliknya, ribuan anak muda telah terjerat dalam kegelapan, hidup mereka dihancurkan oleh ketagihan yang sukar dihentikan,” katanya.

Sementara itu, PHM turut berkongsi kesan pengambilan dadah berbahaya tersebut yang mengancam nyawa .

“Kesannya adalah alami insomnia. Mata penagih tak boleh pejam, tubuh mudah keletihan hingga jadi tak keruan.

“Selain itu, hilang kekuatan tubuh sehingga berlaku penyusutan berat badan secara ketata serta degupan jantung jadi tak terkawal dan risiko terkena serangan jantung,” katanya.

Tambah PHM, perilaku penagih ‘pil gila’ itu kelihatan lebih aktif dari kebiasaan dan secara tiba-tiba mereka mudah berasa gementar tanpa sebab.

“Kerap berhalusinasi yang mengerikan dan sering melihat serta mendengar apa yang tak wujud, ketakutan yang tak dapat dihindari. Mereka kehilangan rasa percayakan sesiapa, malah jadi agresif selan alami psikosis, kemurungan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI