fbpx

Imam meninggal ketika sujud sajadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah surau ketika memberi bantuan CPR kepada Allahyarham Yakob di Surau Permatang Tok Elong, Seberang Perai, semalam.

SEBERANG PERAI – Imam Surau Permatang Tok Elong meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika mengimamkan solat subuh di surau berkenaan di sini semalam.

Difahamkan ketika kejadian, Allahyarham Yakob Ramli sedang melakukan sujud sajadah sebelum dikatakan tiba-tiba terdiam dan tidak bergerak.

Berdasarkan gambar yang tular di media sosial, kelihatan beberapa jemaah cuba memberikan bantuan Resusitasi kardiopulmonari (CPR), namun Allahyarham disahkan meninggal dunia sebelum jenazahnya dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk tindakan selanjutnya.

Jenazah Yakob selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Permatang Bogak, di sini selepas solat Jumaat semalam.

Rata-rata netizen memuji kebaikan yang dilakukan arwah semasa hayatnya dan menyifatkan kematiannya adalah yang paling dicemburui.

“Banyak kebaikan arwah semasa hidupnya, ayah dan suami misali,” ujar Shida Penang.

Sementara itu, anak arwah, Emma Yakob menerusi hantaran di Facebook turut mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang mendoakan kesejahteraan arwah ayahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI